SELAMAT DATANG KE NK AGE-REVERSE

NK Age Reversesetinggi-tinggi tahniah kepada prof. madya dr. siti hamidah

setinggi-tinggi tahniah kepada prof. madya dr. siti hamidah

4 Nov 2023 : Telah bergema nama Malaysia di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2023. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pengasas NK Age-Reverse, Prof. Madya Dr.Siti Hamidah dan seluruh kumpulan penyelidikan beliau kerana telah berjaya merangkul kejayaan dengan memperoleh 3 pingat iaitu pingat emas bagi projek Invented Materials from Agricultural Wastes and Natural Sources for Sustainable Wellness Industries, pingat perak dan Special Award  bagi projek BeuTeen: Emerging Sustainable Anti-acne Materials for Safer Teenagers’ Skin Care. Beliau telah mengharumkan nama nama Malaysia dan juga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di SIIF.

Kejayaan ini adalah bukti sokongan daripada semua pengguna setia NK Age-Reverse dan juga telah membutikan bahawa inovasi beliau adalah yang terbaik. Prof. Madya Dr. Siti Hamidah akan sentiasa menanamkan matlamat untuk meningkatkan sektor kecantikan di Malaysia dengan mengkomersialkan penjagaan kulit yang mampu bersaing dengan jenama dari negara lain. Selain itu, beliau amat berharap dapat memperkasakan wanita  dengan produk penjagaan kulit yang lebih selamat dan berkualiti tinggi. Beliau berazam dapat memberi impak yang ketara dan terdorong untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain untuk meningkatkan kehidupan sejagat. Perjuangan beliau dan kumpulan penyelidikannya masih lagi diteruskan dengan menghasilkan lagi inovasi-inovasi yang baik untuk kebaikan semua pihak. 

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

WeCreativez WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?