SELAMAT DATANG KE NK AGE-REVERSE

FAQ Malay

Soalan Lazim (FAQ)

1.Produk NK ini sesuai untuk kulit jenis apa?

NK sesuai dengan semua jenis kulit samada kulit kering, berminyak atau kombinasi. Ia akan mengimbangkan kelembapan kulit yang optimum dan merawat kesan buruk kulit kering.

2.Apakah keistimewaan Age Reverse?

Age Reverse merupakan produk NK terkini yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Dr Siti Hamidah di UTM. Dr Siti memang dikenali sebagai founder Naturel Kiss (NK) iaitu produk yang berasaskan bahan natural, selamat dan menggunakan teknologi moden. Age Reverse merupakan satu siri produk yang menggunakan formulasi BeuT-Complex, iaitu menggunakan bahan-bahan anti penuaan yang terbaik seperti Hyaluronic Acid, Bee Venom, ekstrak Tsubaki, ekstrak Roselle, dan essential oil yang bagus untuk kulit. Produk Age Reverse telah melalui kajian yang terperinci termasuk melibatkan lebih 100 responden, pensijilan Lab Tested daripada Bioeconomy Corporation, pelbagai testing SIRIM, Notifikasi dari KKM, dan pelbagai testing Proof of Concept bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk.

3.Apakah kelainan antara produk NK dengan produk penjagaan kulit di luar sana?

Produk NK dihasilkan daripada kajian yang terperinci oleh team penyelidikan kami di UTM. Kami memilih bahan-bahan yang terbukti berkesan hasil dari kajian kami sendiri dan kajian pakar-pakar seluruh dunia. Formulasi yang dihasilkan adalah eksklusif dan original, tidak daripada mana-mana pihak yang lain. Antara ciri penting NK adalah ia berkesan, selamat dan setanding dengan kualiti produk berjenama popular antarabangsa.

4.Bolehkah tompok-tompok di wajah dihilangkan dengan menggunakan produk NK?

Produk NK diperkaya dengan bahan antiaging yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan sel baru yang sihat untuk menggantikan sel lama yang telah rosak termasuk masalah jeragat dan tompok hitam. Namun, ada juga masalah tompok hitam disebabkan hyperpigmentation, iaitu kondisi kerosakan kulit yang ekstrim yang menyebabkan perubahan warna kulit di beberapa bahagian. Antara masalah tompok hitam yang ekstrim adalah melasma yang merupakan kerosakan kulit yang kekal dan amat sukar dihilangkan samada menggunakan skin care atau rawatan laser. Namun, penggunaan produk NK secara intensif boleh mengurangkan warna tompok hitam tersebut.

5.Saya menggunakan produk XXX. Bolehkah saya memakai selang-seli dengan penggunaan NK?

Boleh cuma tak dapat jangka optimum result guna NK jika campur dengan produk dari jenama lain. Untuk memastikan hasil yang optimum, dicadangkan menggunakan produk NK secara intensif kerana setiap produk akan menambahkan keberkesanan kepada kulit.

6.Kulit saya rosak kerana beberapa kali menggunakan produk bertoksik sebelum ini, dan kerap menukar produk. Bolehkah NK merawat kulit saya supaya cantik semula?

Apabila kulit telah lama terdedah dengan bahan bertoksik, maka kulit telah menjadi rosak. Pori juga banyak tersumbat. Ini menyebabkan masa yang agak panjang untuk memulihkan kembali keadaan kulit. Produk yang berasaskan bahan natural memang memerlukan masa yang agak lama tetapi ia selamat dan hasilnya juga amat memuaskan kerana kulit telah dirawat. Lapisan kulit baru akan tumbuh setiap 4 minggu, jadi perlu bersabar, dan bantu kulit baru tumbuh sihat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkesan.

7. Apakah ada potensi untuk mengalami alergik apabila menggunakan produk NK?

Tanda mengalami alergik adalah ia berlaku sepanjang 24 jam selepas menggunakan sesuatu produk. Kesan alergik adalah kulit menjadi kemerahan dan agak bengkak, tetapi bukan jerawat. Terdapat juga orang yang alergik kepada bahan natural tetapi ia amat jarang, dalam kurang daripada 1%.

8. Bagaimanakah aturan yang betul menggunakan produk NK?

Aturan memakai produk NK adalah seperti berikut: 1. Cuci guna Age Reverse Cleanser, 2. Sembur Energy Mist, tunggu sehingga kering, 3. Pakai Sunscreen ( satu pump sahaja) ratakan seluruh muka, 4.Pakai bedak Two-way cake. Tips: tunggu sunscreen menyerap di kulit muka dahulu baru pakai TWC, untuk elak bedak tidak sekata.

9. Adakah NK mempunyai sijil Halal?

Kami dalam proses memohon sijil Halal. Prinsip kami adalah memastikan semua bahan yang digunakan adalah halal dan tidak menggunakan unsur binatang dan bahan tak halal.

10. Bolehkah lelaki menggunakan produk NK?

Ya, lelaki pun boleh menggunakan NK. Ia sesuai dengan semua orang.

11. Apa beza kriteria utk approval yg ni : KKM, SIRIM, LABTESTED. Adakah LabTested ni hiraki tertinggi pensijilan? Apa beza yg plg ketara Lab Tested dgn KKM/SIRIM?

Pensijilan Lab Tested adalah dilakukan oleh Bioeconomy Corporation untuk kajian terperinci dan tepat mengenai keselamatan produk yang dihasilkan. NK adalah produk pertama yang menerima pensijilan Lab Tested menunjukkan bahawa produk NK telah mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh agensi Bioeconomy. Untuk pensijilan Lab Tested, hanya produk berasaskan teknologi dan R&D sahaja yang akan diterima untuk testing tersebut. Manakala Not No. daripada KKM adalah wajib dipohon oleh semua pengeluar produk. KKM tidak membuat testing dan hanya mengeluarkan Not No. berdasarkan senarai bahan yang diberi oleh pengeluar. Pensiijilan SIRIM adalah spesifik untuk mengetahu keberkesanan/keselamatan produk dan perlu menghantar sampel kepada pihak SIRIM.

12. Adakah sudah ada Not. No/sijil daripada KKM/SIRIM masih bermaksud produk itu masih tidak selamat?

KKM hanya akan meluluskan produk yang menggunakan bahan-bahan yang selamat sahaja. Syarikat pengeluar akan memberi senarai bahan kepada pihak KKM untuk permohonan Not No. Pengeluar produk perlu bersifat jujur untuk menyenaraikan bahan-bahan yang mereka gunakan. Manakala sijil sirim merupakan inisiatif pengeluar produk untuk membuat testing lebih lanjut mengenai keberkesanan/keselamatan produk mereka. Sijil sirim adalah spesifik dan pengeluar perlu memberi sample produk.

13. Adakah jika ada Lab Tested, sudah pasti selamat utk semua jenis kulit?

Ya, kecuali kes terpencil sekiranya seseorang itu mempunyai masalah alergik atas bahan yang digunakan.

14. Adakah NK satu satunya jenama skin care yg ada sijil Lab Tested?

NK adalah jenama pertama produk skin care yang menerima pensijilan Lab Tested.

15. Mengapa kulit saya terasa kering selepas menggunakan Age Reverse?

Age Reverse tidak akan mengeringkan kulit, malah ia akan membantu merawat masalah kulit kering. Pengguna akan alami rasa kulit tegang selepas menggunakan produk NK kerana ia tindak balas bahan anti penuaan yang digunakan, terutamanya Bee venom dan Asid Hyaluronik. Jangan risau sekiranya terasa kulit tegang kerana ia menandakan produk ini berkesan. Teruskan menggunakan NK Age Reverse dengan intensif dan konsisten.

16. Apa bau yang digunakan dalam produk Age Reverse?

Age Reverse menggunakan 100% bauan semulajadi daripada essential oils terutamanya Geranium dan Rosewood, untuk menghasilkan bau bunga dan woody base scent. Ia diadun secara unik oleh team NK, untuk memastikan tiada wangian sintetik dan toksik dalam produk. Ia mengandungi antioksidan untuk kulit juga.

17. Saya sudah pakai produk NK selama seminggu, mengapa masih belum mendapat hasil yang diharapkan?

Proses kitaran kulit melibatkan penghasilan sel kulit baru di bahagian paling bawah epidermis, yang kemudiannya akan naik dan menggantikan kulit yang lama dan mati. Kitaran ini akan berlaku secara puratanya 4-6 minggu, bergantung dengan umur, dan cara hidup seseorang. Remaja belasan tahun akan alami kitaran kulit antara 2-4 minggu. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, seseorang perlulah menggunakan produk NK dengan intensif dan dijangka dapat melihat hasil selepas 4 minggu. Pakar kulit menyatakan pengguna perlu menunggu 3 kali kitaran kulit untuk melihat hasil (dalam 3 bulan), namun melalui kajian dan review yang team penyelidikan NK buat, hampir 100% responded mendapat hasil yang ketara selepas 2 minggu.

18. Betul ke orang kulit sensitif ni tak boleh guna ingredient yg ada fragrance/perfume dalam skincare?Produk NK ada bau wangi adakah itu fragrance?Saya nk cuba tapi risau tidak serasi kerana saya kulit kering dan sensitif.

Bagi mempunyai kulit sensitif, perlu diketahui apa yang menyebabkan reaksi alergi tersebut kerana tidak semua alergi disebabkan oleh fragrance, dan tidak semua kulit sensitif tidak boleh menggunakan produk yang mengandungi fragrance. Prodk NK menggunakan minyak pati sebagai bau. Perlu diketahui bahawa fragrance adalah kandungan sintetik yang mengandungi bahan aroma, manakala minyak pati adalah bahan bauan semulajadi. Dalam sesetengah kes, orang yang alergi terhadap fragrance juga menpunyai alergi terhadap minyak pati. Jadi perlu memastikan kulit sensitif alergi terhadap bahan apa. Bagi kulit kering dan sensitif, biasanya penyebab sensitif tersebut adalah kekeringan, iaitu apabila kulit kering, bacteria akan mudah untuk tumbuh di permukaan keratin. Jadi perlu pastikan dapat kelembapan yang cukup dengan menggunakan Energy Water Mist dan minum air secukupnya.

19. Adakah produk NK Age Reverse mengandungi whitening?

Whitening ada pada BeuT-Complex. iaitu Vitamin C dari Roselle Extract dan juga Lemon Essential Oil. tetapi ia bukan whitening yang menghakis yang menghalang penghasilan melanin dari bawah kulit dan melanin ini yang selalu membuat kulit menjadi gelap.

20. Apakah saranan terbaik untuk pengguna baru yang ingin mencuba NK Age-Reverse dan mempunyai masalah jeragat?

Saranan untuk pengguna baru adalah menggunakan set penjagaan muka yang asas iaitu mengandungi NK Age-Reverse Cleanser, Energy Water Mist dan NK Age-Reverse Sunscreen. Dan perlu di ingatkan untuk pengguna sentiasa mengulang pakai sunscreen setiap 3-4 jam sekali.

21. Adakah NK Age-Reverse dapat menghilangkan masalah keratosis pada kulit?

Keratosis ialah masalah kulit yang memerlukan rawatan oleh pakar perubatan tetapi boleh di sarankan kepada pengguna untuk menggunakan produk NK Age-Reverse kerana produk NK adalah selamat dan bertujuan untuk menggantikan sel kulit baru dengan lebih efisien. 

22.Saya mempunyai masalah jeragat dan telah menggunakan NK Age-Reverse. Bolehkah saya menggunakan produk NK Age-Reverse bersama krim melaquin?

Krim melaquin ialah cream hydroquinon. Fungsinya ialah untuk mengurangkan jeragat pada permukaan kulit. Pada sesetengah orang akan ada kesan sampingan seperti pedih, kulit kemerahan. Ini kerana fungsi melaquin cream ialah menghakis pigment pada jeragat.

Jikalau ingin memakai dengan NK Age-Reverse bersama krim melaquin tiada sebarang masalah, cuma sekiranya jika ada berlaku kesan sampingan ianya adalah disebabkan pemakaian krim melaquin.

Tambahan, sekiranya inginkan kesan optimum dari NK Age-Reverse, tidak disarankan campur produk. Dan seperti yang diketahui, jeragat mempunyai akar, maka untuk mengurangkannya dari dalam kulit akan mengambil sedikit masa. NK Age_Reverse berfungsi mengurangkan jeragat dengan mengambil tindakan dari akar jeragat. Oleh itu, pemakaian NK Age-Reverse juga dapat mengurangkan jeragat tanpa kesan sampingan.

1.Bagaimana untuk mengetahui jeragat kita adalah jeragat disebabkan oleh hormon?

Jeragat disebabkan hormon adalah salah satu daripada hyperpigmentation. Biasanya adalah melasma. Ia tumbuh sedikit sahaja, mungkin satu sahaja tetapi bersaiz besar.

2. Adakah kaedah laser/teknik pico-pulse selamat digunakan untuk menghilangkan jeragat?

Keberkesanan kaedah laser adalah bergantung kepada jenis, warna dan kedalaman jeragat. Keadaan kulit juga merupakan faktor penting. Maka amat sukar untuk menyatakan dengan jelas kerana ada orang memerlukan sehingga 6 sesi laser baru berhasi, dan setiap sesi dikenakan bayaran yang mahal. Ya ia selamat jika dibuat oleh pakar bertauliah, tetapi keberkesanannya bergantung kepada banyak faktor. Walaupun terdapat banyak mesin pico-pulse/laser di pasaran dengan spesifikasi yang berbeza mungkin tidak memberikan hasil yang diingini. Sesetengah mungkin mendapatkan bantuan daripada salun kecantikan (harga lebih murah), tetapi ramai pakar kecantikan mungkin tidak mengetahui spesifikasi mesin dan operasi sebenar, dan penjagaan kulit selepas laser. Jadi ini adalah isu dalam rawatan laser. Isu lain ialah hiperpigmentasi pada kulit Asia tidak semua boleh dirawat dengan laser. Dengan membaca beberapa artikel pakar dermatologi, hiperpigmentasi seperti melasma mungkin bertambah teruk jika dirawat menggunakan laser. kulit yang gelap akan mengembang selepas menyerap tenaga laser. Oleh itu, kita harus berhati-hati membuat pilihan dan keputusan sebelum diagnosis.

3. Bolehkah jeragat disebabkan faktor keturunan (genetik) dihilangkan?

Memang faktor genetik boleh menyebabkan jeragat. Sekiranya ibu/keluarga kita memang banyak jeragat, kita perlu lebih berhati-hati dari awal. Cara terbaik adalah memakai sunscreen dan elak produk bertoksik dan berkualiti rendah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekiranya kulit telah pun ditumbuhi jeragat, gunalah produk yang selamat dan berkesan, walaupun ambil masa lama sikit. Fokus untuk merawat keseluruhan kulit wajah agar lebih berseri. Bonus sekiranya jeragat dapat dihilangkan sepenuhnya. Inshaallah ia boleh dikurangkan

4. Saya ada masalah jerawat di jawline dlm setengah tahun yang meninggalkan kesan  parut. Boleh ke NK Skincare bantu saya. Mungkin perubahan hormon.

InshaAllah boleh. Tapi perlu bersabar kerana NK tidak menggunakan bahan pemutih atau yang boleh menghakis dan menipiskan kulit. Namun, hasil yang akan diperolehi adalah amat berbaloi. Untuk kesan dan rawatan lebih cepat, boleh guna Cleanser, Energy Mist, Sunscreen dan bedak two-way cake.

5. Bagaimanakah saya boleh menghilangkan melasma di wajah?

Melasma amat sukar dihilangkan kerana ia hyperpigmentation biasanya disebabkan hormon. InshaAllah boleh kurangkan color melasma tapi bergantung dengan tahap serius masalah melasma. NK boleh menghalang melasma atau jeragat baru daripada tumbuh. Tapi yang sedia ada memang sukar sikit jika menggunakan skin care.

6. Ada contoh tak bahan kimia synthetic yang bahaya utk kulit /tak sesuai utk kulit sensitif?

Terdapat banyak bahan merbahaya yang sering digunakan dalam produk skin care, antaranya hydroquinon, mercury, triclosan, oxybenzone, phthalates, paraben, formaldehyde, sodium laureth sulfate (SLS), imidazolidinyl urea. Terdapat juga bahan sintetik biasa yang akan memberi kesan buruk kepada kulit terutamanya jika kulit seseorang itu bersifat sensitif, dan sekiranya bahan kimia tersebut berkualiti rendah.

7. Betul ke kalau kita pakai sesuatu produk jerawat naik banyak maksudnya healing  proses berlaku?

Sekiranya sebelum ini banyak menggunakan produk penjagaan kulit / kosmetik yang terkontaminasi dengan bahan kimia merkuri / toksik / codemogenik (penyumbatan pori), ada kemungkinan akan menyebabkan kerosakan kulit semasa menukar produk. Kerana toksik menghalang pembaharuan kulit, tetapi produk penjagaan kulit yang baik dapat memperbaharui sel-sel kulit dengan cara detoksifikasi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenis jerawat dengan ekspresi yang berbeza. Permasalahan ini tidak dapat disimpulkan dalam satu ayat yang nyata.

1. Apa yang menyebabkan sesuatu cleanser itu berbuih?

Biasanya cleanser yang berbuih kerana ia menggunakan bahan berunsurkan sulfat, yang paling popular adalah SLS. SLS memang berkesan menghilangkan kotoran, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menghilangkan kelembapan semulajadi yang diperlukan kulit muka kita sehingga boleh menyebabkan kulit kering. Apabila kulit kering, lagi mudah mendapat iritasi atau gatal gatal seperti allergic reaction. Banyak efek tidak baik daripada SLS. Paling teruk ia boleh merosakkan mata jika termasuk mata. SLS juga boleh menyebabkan pori tersumbat dan jerawat menjadi semakin teruk.

 

2. Mengapa cleanser Age Reverse by NK tidak berbuih?

NK cleanser menggunakan Sodium Methyl Cocoyl Taurate (SMCT) iaitu natural surfactant yang dihasilkan daripada coconut. Ia adalah surfactant paling lembut, mewah dan berkesan. Surfaktan yang lembut (mild) memang kurang buih dan kurang iritasi pada kulit.

 

3. Mengapa NK cleanser tidak menggunakan botol spray?

Setelah kami membuat review mengenai penggunaan botol spray untuk cleanser, kini dengan setiap pembelian clenaser akan mendapat percuma penutup kepala spray.

 

4. Adakah perlu memakai Age Reverse Cleanser sebelum memakai Energy Mist? 

Selepas menggunakan Age Reverse Cleanser, boleh terus menggunakan Energy Mist. Sebelum menyemburkan Energy Mist tidak perlu basuh muka dengan air. Tetapi jika mempunyai kulit yang sensitif (eg. kulit terasa gatal atau kemerahan selepas menggunakan cleanser), dinasihatkan untuk membasuh wajah selepas menggunakan cleanser, baru spray menggunakan Energy Mist.

 

5. Saya bimbang jika hanya menggunakan cleanser jeragat tak hilang. Ada tak krim siang  & malam yang sesuai yang boleh hilangkan jeragat dia. Untuk maklumat, saya sudah guna  Age Reverse Cleanser selama dua minggu dan merasakan kulit bersih dan cantik.

Jeragat memang ambil masa untuk kurangkan, apatah lagi untuk hilangkan. NK tiada krim malam dan siang, kerana Age Reverse Cleanser dan produk yang lain sesuai digunakan malam dan siang. Buat masa ini kami hanya ada Age Reverse Cleanser, dan boleh pakai dengan Energy Mist dan bedak Two Way Cake. Untuk lebih cepat mendapat kesan, boleh pakai AR Cleanser dan Mist dengan lebih kerap (setiap kali mengambil wuduk).

 

6. Saya gemar bermekap. Bolehkah Age Reverse cleanser mencuci kesan mekap dengan berkesan?

Ya boleh. Formulasi nano dalam Age Reverse amat berkesan untuk mencuci mekap yang tebal. Boleh cuci muka dua kali. Kali pertama terus sapu ke wajah yang bermekap, urut wajah dan bilas. Kemudian sapukan sekali lagi AR Cleanser dan biar lama sikit baru dibilas.

 

7. Selepas menggunakan Age Reverse cleanser tiga hari, kulit saya berjerawat. Kenapa  boleh jadi begini?

Jerawat adalah disebabkan oleh beberapa faktor: 1. Perubahan hormon terutamanya sebelum period, 2. Kotoran yang terkumpul dalam pori yang menyebabkan keradangan sehingga timbulkan jerawat. Sekiranya sebelum ini kita pernah memakai produk yang boleh menyebabkan pori tersumbat, makan Age Reverse Cleanser akan bertugas membersihkan dan merawat masalah tersebut. Bahan aktif dalam Age Reverse akan mempercepatkan metabolis sel kulit, inflammation (keradangan) akan keluar dengan lebih cepat dan seterusnya kulit akan semakin baik dan sembuh. Teruskan menggunakan Age Reverse Cleanser, Energy Mist, Sunscreen dan bedak Two Way Cake.

 

8. Cleanser ni boleh juga digunakan untuk bersihkan make up atau tidak?

Ya betul. Jika sekadar pakai bedak, foundation nipis, dan mekap biasa, cuci wajah macam biasa saja dengan NK Cleanser. Tapi jika pakai agak tebal, macam ketika saya mekap nak masuk TV, saya perlu basuh dua kali menggunakan NK Cleanser. Tak perlu guna double cleansing atau minyak.

 

9. Adakah Age Reverse Cleanser by NK ini selamat untuk bibir? Bibir saya menggelupas  teruk selepas menggunakan cleanser ini untuk menghilangkan lipstik.

Age Reverse selamat digunakan di seluruh wajah termasuk bibir dan sekitar mata. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang bersifat lembut kepada kulit, dan surfaktan yang digunakan juga adalah natural dan mild, tetapi berkesan membersihkan kotoran dan mekap.

 

10. Bolehkan saya menggunakan sunscreen dan moisturiser jenama lain setelah memakai  Age Reverse Cleanser?

Pengguna digalakkan memakai Age Reverse Moisturiser dan Age Reverse Sunscreen kerana dengan cara ini, kita dapat memastikan kesan yang optimum Age Reverse kepada kulit. Bahan-bahan yang digunakan dalam formulasi Age Reverse adalah telah dijamin berkualiti tinggi, efektif dan selamat.

 

11. Saya rasa jeragat semakin banyak keluar selepas memakai Age Reverse Cleanser  selama dua minggu.

Ada dua perkara yang berkemungkinan berlaku:

i. Kulit menjadi semakin cerah dan bersih, maka jeragat semakin nampak jelas.

ii. Jeragat yang masih di bawah lapisan kulit telah keluar ke lapisan atas.

Pemakaian Age Reverse secara konsisten akan membantu penghasilan sel baru kulit lebih singkat kitarannya dan lebih sihat. Sel baru akan menggantikan sel lama tetapi sekiranya jeragat banyak, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihilangkan. Setiap kitaran kulit baru mengambil masa 4-6 minggu bagi orang dewasa, jika menggunakan Age Reverse yang mengandungi bahan anti aging, kitaran ini boleh dipercepatkan, maka jeragat yang berada di bawah kulit naik ke atas, menyebabkan jeragat nampak banyak dan jelas. Teruskan pakai dengan konsisten dan sabar menunggu jeragat hilang secara semulajadi. Elakkan menggunakan produk permutih atau beracun yang memang boleh menghilangkan jeragat dengan cepat tetapi akan lebih merosakkan kulit

1. Apakah bahan utama dan fungsi NK Age-Reverse Oil Cleanser?

Pembersih minyak yang menyegarkan dengan minyak Grapeseed, Minyak Zaitun, Minyak Avocado dan Minyak Biji Bunga Matahari menanggalkan pelindung matahari, solekan, maskara, kekotoran dan habuk halus dalam liang-liang dengan lembut. Boleh digunakan sebagai minyak urut muka harian. Diperkaya dengan Niacinamide, Panthenol, dan Vitamin E untuk memulihkan penghalang kulit semula jadi dan BeuT-Complex untuk tujuan anti-penuaan.

 

2. Berapa lama tarikh luput?

Disyorkan untuk menyelesaikan produk dalam 12 bulan sebaik sahaja penutup dibuka.

 

3. Berapa lama satu botol tahan?
Bagi pengguna solekan ringan, satu botol boleh digunakan sehingga 2 bulan.
Bagi pengguna heavy makeup, satu botol boleh digunakan sehingga 1 bulan.

 

4. Berapakah umur yang sesuai untuk menggunakan Oil Cleanser?

12 tahun ke atas.

 

5. Apakah yang perlu digunakan dahulu jika saya menggunakan set penuh NK Age-Reverse?

Siang: ARC – MIST – AR Serum(pilihan) – Sunscreen – TWC
Malam: Oil Cleanser (Tanggalkan solekan/urut muka) – ARC – MIST – ARSerum

 

6. Adakah Oil Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit?
Untuk semua jenis kulit.

 

7. Bagaimana cara menggunakan Oil Cleanser dengan berkesan?

  • Pam pembersih minyak pada pad kapas dan lap perlahan-lahan ke seluruh muka. atau
  • Pam pembersih minyak ke tapak tangan dan urut muka perlahan-lahan dalam gerakan membulat.

 

8. Oil Cleanser boleh dibuat untuk urutan muka. Apakah faedah urut muka menggunakan Oil Cleanser:

  • Urutan muka yang ringkas setiap hari boleh melegakan tekanan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Urut ke muka, dahi, dan leher di mana kawasan ini membawa banyak tekanan harian. Urut kawasan ini dan semua tekanan dalam otot akan hilang.
  • Urutan muka titik tekanan boleh melegakan sakit kepala. Urutan muka akan menghilangkan ketegangan pada saraf dan otot.
  • Memperbaiki penampilan kulit. Urutan muka menggalakkan kelonggaran pada kulit, meningkatkan peredaran darah, lebih banyak nutrien dan oksigen dibawa ke kulit, merangsang pengeluaran kolagen dan menggalakkan cahaya semulajadi. Ini membantu mengurangkan cela dan benjolan kecil.

 

9. Langkah urutan muka:

  • Pam sedikit AR Oil Cleanser pada tapak tangan yang kering, dan gosok di antara tapak tangan untuk menghasilkan haba.
  • Tutup mata anda dan tekan tapak tangan anda pada muka anda.
  • Tarik nafas dalam-dalam untuk menikmati aromaterapi daripada minyak Lavender Perancis premium untuk menenangkan.
  • Mula sapu ke dahi anda, sapu perlahan-lahan dalam gerakan membulat. Tekan perlahan pada kelopak mata anda selama 3 saat.
  • Sapu di pipi dari bahagian tengah muka anda ke tulang pipi.
  • Ulang sekurang-kurangnya 3 kali.
  • Urut leher dan garis rahang (jawline) dalam gerakan membulat.
  • Ketuk perlahan pada mata, pipi dan dagu menggunakan hujung jari.
  • Bilas muka dengan air suam selepas urut.
  • Bersihkan muka dengan AR Cleanser dan teruskan dengan AR Serum.

1. Adakah pendedahan kepada blue-light daripada skrin komputer dan handphone boleh  menjadi punca jeragat? Jika ya, bagaimana untuk mengelak masalah ini.

Kajian pakar menunjukkan blue light boleh menyebabkan kerosakan sel, termasuk penghasilan jeragat dan kedutan kulit, dan kemusnahan nutrien sel. Malahan ia lebih memberi kesan buruk berbanding UV biasa. Cara terbaik untuk mengelak daripada masalah ini adalah dengan menggunakan sunscreen fizikal (mineral) yang mengandungi Zinc Oxide, yang mempunyai SPF dalam linkungan 30. SPF yang sangat tinggi (50 ke atas) perlu dielakkan kerana ia boleh lebih merosakkan kulit.

2. Bagaimanakah cara menggunakan UV Sunscreen dengan betul?

Letakkan sedikit sahaja sunscreen di dahi, kedua-dua pipi, hidung dan dagu. Kemudian sapu rata ke seluruh wajah. Ellakkan memakai tebal kerana ia bukan foundation.

3. Bolehkan saya memakai foundation selepas sunscreen?

Warna yang kita nampak di sunscreen adalah warna natural (bukan foundation) yang tidak berwarna bila dipakai di kulit. Yang terbaik adalah pakai bedak two way cake Naturel Kiss yang boleh berfungsi juga sebagai foundation.

4. Kenapa saya rasa kulit semakin gelap selepas menggunakan Sunscreen NK?

Sunscreen NK tidak menggelapkan kulit. Malahan ramai pelanggan yang memberi maklum balas ianya mencerahkan kulit. Mungkin terasa gelap kerana ia baru nak menyesuaikan produk dengan kulit. Anda boleh menggunakan pelindung matahari dengan smooth dan sekata, tidak terlalu tebal. Ini kerana terlalu banyak pelindung matahari boleh menyebabkan kulit mengeluarkan minyak secara berlebihan, minyak boleh mengoksidakan lapisan kulit dan menjadikan muka kelihatan lebih gelap.

5. Perlukah saya memakai UV protection yang tinggi SPF?

Ramai orang beranggapan bahawa semakin tinggi SPF adalah semakin bagus. Sedangkan semakin tinggi SPF boleh menyebabkan kulit terdedah pada cahaya UV dan boleh merosakkan kulit. SPF yang baik adalah antara 30-35 dan bersifat Broad Spectrum iaitu turut mempunyai PA++. Sunscreen NK bersifat broad spectrum (SPF 35, PA++).

6. Adakah sunscreen NK juga menggunakan teknologi micellar?

Sunscreen bukan menggunakan teknologi nano micelle (micellar) tetapi sunscreen NK menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan premium seperti minyak ekstrak biji lobak (carrot seed oil) yang merupakan penghalang sinaran UV yang semulajadi. Sunscreen NK menggunakan bahan-bahan yang selamat, bersifat broad spectrum, berbau wangi semulajadi dari essential oil dan tidak merengsa atau memedihkan kulit.

 7. Kenapa NK Age Reverse Sunscreen tidak menggunakan teknik 2 jari?

Kami tidak menggalakkan pemakaian sunscreen dalam kuantiti yang banyak kerana pembuatan sunscreen mempunyai kandungan minyak dan bahan sintetik yang tinggi. Dan keberkesanan penggunaan sunscreen bukan pada kuantiti yang dipakai tetapi kekerapan seseorang re-apply sunscreen. Ini penting kerana penggunaan yang berulang akan memberi pelindungan yang optimum berbanding pemakaian yang banyak dalam satu masa.

8. Adakah NK Age-Reverse Sunscreen mesra wudhu’?

Kebanyakkan sunscreen adalah tidak mesra wudhu’. Ini kerana dalam sunscreen terdapat UV filter iaitu bahan yang melindungi kulit dari cahaya matahari dan bahan ini tidak larut didalam/dengan air. Pengguna dinasihatkan untuk membersihkan wajah dengan pencuci muka sebelum mangambil wudhu’.

9. Kenapa kulit terasa pedih selepas menggunakan sunscreen?

NK Age-Reverse Sunscreen ialah physical sunscreen dan tidak bertoksik. Kami memilih bahan yang lembut (gentle) dan tidak harsh pada kulit. Pemakaian NK Age-Reverse Sunscreen juga tidak mengeringkan kulit kerana terdapat elemen pelembap dan carrot seed oil yang dapat mengurangkan kedutan pada kulit. Tetapi sekiranya pengguna memakainya, dan terasa pedih kemungkinan pelanggan mempunyai keradangan pada kulit. Antara puncanya ialah disebabkan oleh sunburn, allergic atau skin barrier lemah. Tambahan skin barrier pengguna juga boleh terganggu atas faktor suhu terutama musim panas/bawah cahaya matahari.

 

Saranan kepada pengguna adalah untuk:

  1. Sapu NK Age-Reverse Sunscreen nipis dan re-apply setiap 3 jam pada kulit.
  2. Sembur mist selepas pemakaian Sunscreen untuk mengurangkan keradangan.
  3. Elakkan duduk terlalu lama dibawah matahari.

1. Saya pernah terbaca satu artikel di mana retinol tidak bagus untuk ibu yang menyusu serta wanita hamil. Adakah NK serum selamat digunakan bagi mereka yang menyusu dan  hamil?

Boleh dan selamat digunakan kerana serum ini tidak masuk sampai ke sel darah. Kajian menunjukan bahawa toleransi vitamin A untuk wanita hamil setiap hari adalah sehingga 10,000UI. NK Serum menggunakan Vitamin A 2500UI/g. Dikatakan satu hari kita menggunakan kira-kira 0.3g serum, ia bersamaan dengan 750UI/g VA. Dan kadar penyerapan maksimum produk topikal 20%, hanya 150UI VA yang diserap ke dalam badan dan akan dimetabolismekan oleh sel dermis dalam masa sehari. Untuk makluman peratusan retinol di dalam serum adalah hanya 0.1% sahaja dan ianya tidak cukup untuk membahayakan janin.

2. Mengapa setiap kali saya gunakan NK Serum kulit muka saya jadi pedih dan rasa tidak  selesa?

Bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif dan kulit kering ini adalah perkara yang biasa dialami apabila menggunakan serum retinol ini. Mereka akan dapati kulit menjadi kemerahan sedikit, meneglupas dan merasa rengsa. NK Serum menggunakan retinol yang sangat mild dan menggunakan herba cynanchum bagi mengurangkan rasa yang tidak selesa ini. Cara yang paling berkesan adalah, pengguna perlu prep muka terlebih dahulu dengan Energy water mist sebelum menggunakan serum ini. Biarkan energy water mist kering dahulu, kemudian sapukan serum ini diseluruh wajah. Jika kulit merasa pedih dan kemerah-merahan pengguna boleh berselang-seli atau pakai secara nipis dalam pemakaian serum ini mengikut keselesaan sehingga kulit muka pulih kembali.

3. Anak saya boleh pakai serum ini ? Seawal umur berapa boleh guna serum ini?

Seawal 11 tahun sudah boleh menggunakan produk-produk NK kerana produk ini adalah berasaskan bahan natural dan selamat digunakan.

4. Berapa lama serum ini tahan digunakan?

Jika digunakan serum ini secara konsisten, serum ini boleh bertahan sehingga 3 hingga 4 bulan.

5. Boleh pakai serum ini dibawah mata? Terdapat garis halus diabawah mata saya. Akan  rasa pedih tak bila pakai bawah mata?

Retinol adalah bahan anti aging yang paling berkesan dan telah terbukti secara saintifik. Satu botol NK serum ini sudah boleh meliputi satu wajah termasuk bahagian mata dan tidak memerlukan bermacam jenis retinol dan hanya sapu dengan nipis di sekeliling mata. Pakar dermatologi ada mengatakan bahawa retinol lebih berkesan dijadikan krim mata jauh lebih baik berbanding botox. Perlu diingatkan bahawa bukan sebarang retinol yang kita boleh letak pada bawah mata, jika ianya membawa kesan- kesan seperti gatal dan kemerahan kerana retinol itu sendiri adalah keras dan tinggi nilainya pada kulit. NK Serum adalah selamat digunakan di sekeliling mata.

6. Kenapa jeragat yang semakin pudar, tiba-tiba menjadi gelap semula selepas memakai  serum selama seminggu?

Jeragat tampak makin gelap ialah kerana kulit yang telah menjadi semakin cerah. Bukan kerana jeragat menjadi lebih gelap. Kulit lebih cerah kerana kesan selepas pemakaian serum. Kerana fungsi retinol serum kami juga boleh mencerahkan kulit dam menjadikan tona kulit lebih sekata Akan tetapi, kulit memang perlu sentiasa di lindungi dari tumbuh jeragat yang baru, atau mengelakkan jeragat sedia ada menjadi lebih teruk dengan cara memakai sunscreen secara konsisten. Perlu diingatkan untuk sentiasa re-apply sunscreen.

7. Apa kebaikan NK Serum berbanding serum-serum jenama yang lain?

Terdapat 5 kebaikan NK serum yang wajib pengguna tahu dan cuba. Antaranya ialah ;

  • Mempunyai penyerapan optimum.
    • Penyerapan optimum melibatkan pembebasan bahan aktif yang bersaiz nano iaitu encapsulated retinol dan hyaluronate acid secara berkesan kedalam kulit.
  • Gabungan tiga formulasi (Retinol, BeauT-Complex™ dan herba Cynanchum)
    • Simbiosis ketiga-tiga formulasi ini mengahsilkan tindak balas dan penyerapan maksimum dan optimum ke dalam kulit.
  • Ringan dan tidak merengsa
    • Kandungan retinol yang sangat mild serta tambahan herba cynanchum ini menjadikan kulit muka tidak merengsa dan semua jenis kulit boleh menggunakannya.
    • NK serum ini akan seimbangkan air dan sebum di kulit muka dan serum ini boleh digunakan pada waktu pagi (dengan tambahan pemakaian NK Sunscreen) serta pada waktu malam.
  • Terbukti secara klinikal mengurangkan garis halus dan kedutan.
    • Kulit akan bertambah lembab, keanjalan kulit jelas dirasai dan juga tekstur kulit yang tampak lebih cantik dan halus.
  • Keserian wajah meningkat.
    • Dalam masa seminggu akan dapati wajah semakin lembut dan berseri.
    • Ini telah terbukti secara klinikal di mana 95% responden yang telah menggunakan trial serum ini mendapati kulit mereka lembut dan lebih sihat.

8. Mengapakah selepas penggunaan NK Age Reverse Serum kulit saya tumbuh jerawat?

Jerawat selepas pemakaian serum adalah kerana fungsi retinol selain anti-wrinkles, ialah untuk mengeluarkan kotoran dari bawah kulit. Normal sekiranya ada jerawat keluar selepas pemakaian retinol serum (Ia juga dipanggil sebagai purging bagi kulit muka kerana bahan retinol dikenali sebagai bahan skin care yang normal memberi kesan sebegini). Tetapi tidak perlu bimbang, kerana dalam NK Age Reverse Retinol Serum mempunyai herba khas yang berfungsi untuk mengurangkan jerawat dan merawat sel kulit muka.

 

9. Apa perlu buat jika serum timbul lapisan seperti minyak? Adakah ia rosak dan tidak boleh digunakan?

Bagi produk NK, kumpulan penyelidik mengelakkan penggunaan synthetic polymers dan emulsifiers yang kuat (dimana ia boleh menyumbat dan pori membesar, jerawat dan keradangan). Ianya normal untuk serum berlapis. Masih boleh digunakan dan boleh digoncangkan sebelum menggunakannya.

 

1.Apakah bahan utama NK Age-Reverse Scrub dan apakah fungsi nya?

NK Age-Reverse Scrub merupakan scrub pertama di dunia yang menggunakan serbuk Roselle Seed sebagai bahan utama. Bagi membuang sel kulit mati, kebaikkan biji Roselle yang kaya dengan asid lemak Omega-6 & Omega-9 boleh menguatkan skin barrier, memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan kulit lebih lembut serta sihat. NK Age-Reverse Scrub juga diperkaya dengan BeuT-ComplexTM, molekul nano aktif yang mengandungi ekstrak Rosel, Bee Venom dan Hyaluronic Acid dengan penyerapan pantas ke dalam lapisan kulit dan fungsi anti-penuaan yang berkesan. Antaranya, ia dapat mengurangkan kedutan, memperbaiki tona kulit tidak sekata dan mengurangkan keradangan.

 

2. Bagaimana cara yang betul menggunakan Age Reverse Scrub?

Picitkan Scrub di tapak tangan kemudian sapukan scrub pada kulit muka yang lembab, urut perlahan lahan dengan gerakan membulat dan bilas. Ikuti dengan NK Age Reverse Cleanser. Gunakan dua kali seminggu.

 

3. Berapa lamakah produk bertahan selepas dibuka?

Setelah membuka tiub produk, disarankan menggunakan produk dalam tempoh 12 bulan.

 

4. Berapa lamakah penggunaan satu botol scrub dapat dihabiskan?

Gunakan 2-3 kali seminggu. NK Age-Reverse Scrub boleh bertahan sehingga 6 bulan.

 

5. Berapakah lapisan umur yang sesuai menggunakan scrub?

Sesuai untuk pengguna berumur 12 tahun ke atas:


Pengguna umur 12 hingga 24: aktiviti fizikal dan metabolisme sel kulit yang tinggi memerlukan untuk buang sel kulit mati sebelum ia menyumbat pori-pori yang menyebabkan jerawat.
Umur di bawah 50: Kitaran penggantian sel kulit menjadi perlahan iaitu mengambil masa 28 sehingga 40 hari. Sel kulit mati yang terkumpul di permukaan akan menyebabkan tekstur kusam, gelap dan kering dan terdedah kepada jerawat.
Umur 50 keatas: Kitaran penggantian sel kulit menjadi LEBIH perlahan iaitu mengambil masa 60 hingga 90 hari. Pembentukan sel kulit mati menyebabkan garis halus, kedutan dan hiperpigmentasi boleh terjadi. Ia juga menyebabkan pemakaian produk penjagaan kulit tidak berkesan.

 

6. Bagaimanakah turutan cara pemakaian NK Age-Reverse Scrub?

NK Age-Reverse Scrub>NK Age-Reverse Cleanser>Energy Water Mist>NK Age-Reverse Serum.

 

7. Kenapa Scrub digalakkan untuk pakai?

Rujuk jawapan pada no. 5

 

8. Adakah NK Age-Reverse Scrub sesuai untuk semua jenis kulit?

NK scrub lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit

 

9. Bolehkah saya memakai scrub jika kulit mempunyai jerawat?

NK Age-Reverse Scrub sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak. Dengan scrub, sel kulit mati dan kotoran yang menyebabkan pori tersumbat dapat dibuang, sekaligus membantu mencegah jerawat.

 

10. Kenapakah dalam senarai bahan NK Age-Reverse Scrub tiada Roselle Seed Powder?

Disebabkan NK Age-Reverse Scrub adalah yang pertama di dunia menggunakan serbuk Biji Roselle (Roselle Seed Powder) dalam produk penjagaan kulit, bahan ini belum lagi disenaraikan dalam sistem notifikasi (malah belum disenaraikan dalam sistem Eropah). Kami sedang dalam proses mendaftarkan bahan khas dan baharu ini didalam sistem notifikasi. Ia mengambil sedikit masa untuk dicapai.

1. Apakah keistimewaan Energy Mist?

Energy Mist bertindak sebagai pelembab dan penyegar yang akan merawat dan mencantikkan kulit wajah. Ia akan menyerlahkan lagi keberkesanan Age Reverse cleanser. Ia adalah diperbuat daripada bahan semulajadi terutamanya Bee Venom, Essential Oil dan Hyluronic Acid.

 

2. Kenapa selepas memakai Energy Mist (pelembab) kulit saya terasa pedih?

Sekiranya pertama kali guna, mungkin ada rasa pedih sedikit jika kita mempunyai kulit yang sensitif. Memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan kulit kepada bahan-bahan yang digunakan. Jangan bimbang kerana ia adalah amat selamat dan untuk elak pedih, boleh spray sedikit sahaja sehingga kulit sudah terbiasa.

 

3. Bawah mata saya terasa kering setelah memakai Energy Mist.

Energy Mist boleh digunakan di seluruh wajah termasuk sekitar mata untuk menghilangkan garis halus dan lingkaran gelap bawah mata. Namun jika ada orang yang berkulit sangat sensitif, akan merasa kering/pedih apabila menggunakan Energy Mist sekitar mata. Boleh elakkan dan cuba serasikan dari semasa ke semasa

 

4. Adakah NK bercadang untuk menghasilkan krim untuk sekitar mata?

Tiada perancangan buat masa ini kerana Age Reverse Cleanser dan Energy Mist juga boleh

digunakan sekitar mata bagi menghilangkan garis halus dan lingkaran hitam.

 

5. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memakai Energy Mist?

Mist adalah merangkumi toner+moisturiser+primer+ makeup setter. Boleh digunakan bila masa yang sesuai:

 

  • Selepas cuci wajah (ketika kulit dah kering)
  • Bila-bila masa rasa kulit kering
  • Sebelum dan selepas makeup

 

6. Selepas spray moisturiser, kulit saya terasa panas. Saya tiada alergik, dan rasa panas  itu akan hilang dalam beberapa ketika. Adakah kulit saya sensitif?

Ada dua sebab untuk keadaan ini: i. Bahan yang digunakan dalam Age Reverse dan Moisturiser (Mist) bertindak terhadap kulit, ia menyebabkan sedikit rasa panas/sejuk (bergantung setiap orang mengalami rasa berbeza) untuk beberapa minit. ii. Jika seseorang pernah menggunakan produk pemutih, ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila bertukar menggunakan produk baru. Rasa tersebut akan hilang dan ia tidak membahayakan. Teruskan memakai Age Reverse Cleanser dan Energy Mist, lama kelamaan kulit akan serasi dengan bahan-bahan natural yang digunakan.

1.Apakah jenis kulit yang sesuai untuk dua jenis warna bedak two-way cake; Natural  beige (code 02) dan Fair DNA (code 01)?

Bedak Fair DNA (01) sesuai untuk orang berkulit cerah, manakala Natural Beige (02) sesuai untuk orang berkulit sawo matang atau yang agak gelap (tanned).

 

2. Bawah mata saya terasa gatal dan pedih apabila memakai bedak Two Way Cake.

Kurang daripada 1% pengguna akan mengalami tidak selesa apabila menggunakan mana-mana produk NK. Boleh elakkan menggunakan bedak di bawah mata, dan biarkan kulit serasi dahulu kerana kulit sensitif memerlukan sedikit masa untuk serasi.

 

3. Boleh cadangkan foundation yang boleh digunakan? Muka saya berjeragat teruk, jika  tidak pakai foundation akan nampak teruk sangat.

Bedak two-way cake NK adalah sedia mengandungi foundation. Sekiranya ingin coverage yang lebih tebal, boleh membasahkan sponge dahulu (menggunakan cara wet). Bedak yang dipakai dengan cara wet akan memberi efek seperti memakai foundation.

WeCreativez WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?