Penyelidikan & Pembangunan
Kumpulan Penyelidik NK AGE-REVERSE
Kumpulan penyelidik NK AGE-REVERSE terdiri daripada ahli-ahli teknologi kejuruteraan kimia bioproses, biosains dan pengurusan perniagaan yang amat dedikasi dan memahami visi dan misi syarikat bagi menghasilkan produk premium yang efektif dalam menyelesaikan masalah pengguna. Kami sentiasa bermotivasi dan berusaha untuk menjadikan NK AGE-REVERSE sebagai satu jenama yang standing dengan jenama terbaik dunia dari segi keberkesanan, kualiti dan kepuasan pengguna.
Matlamat utama R&D yang kami usahakan adalah untuk meningkatkan kualiti fungsi bahan-bahan semula jadi untuk dijadikan formulasi tersendiri yang bersebati unik dan memberi pelanggan kami produk penjagaan kulit yang berasaskan kepada penyelidikan terkini dalam Dermatologi dan Estetik Perubatan. Selain itu, kami menggunakan pengetahuan gabungan saintifik yang baru dan khas bersama peralatan terkini dan teknologi mikroenkapsulasi, supaya kami dapat meningkatkan kestabilan dan tempoh bahan aktif, mencapai penembusan kulit yang lebih baik, dan memenuhi keperluan piawaian dan peraturan yang ditetapkan.
PENSIJILAN
Makmal kami telah menerima beberapa akreditasi. Ini bagi memastikan kualiti keselamatan semua produk penjagaan kulit dan kosmetik adalah diakui dan selamat. Ini juga merujuk kepada proses pembuatan kami yang cekap dan tepat pada masanya.