SELAMAT DATANG KE NK AGE-REVERSE

PENGASAS NK AGE-REVERSE

Professor Madya Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar

Profesor Madya Dr. Siti Hamidah ialah seorang ahli akademik di Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga dan felo penyelidik di Pusat Kejuruteraan Lipid dan Penyelidikan Gunaan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau memperolehi PhD dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Loughborough University, United Kingdom pada tahun 2008. Dr. Siti Hamidah telah menubuhkan syarikat SHE Empire Sdn. Bhd pada tahun 2015, iaitu sebuah syarikat spin-off UTM bagi memasarkan produk NK AGE-REVERSE.

Melalui R&D berkaitan pembangunan produk kesihatan dan penjagaan kulit, Dr. Siti telah memperolehi lebih 50 anugerah inovasi dari dalam dan luar negara daripada pertandingan berprestij seperti MTE, PECIPTA, ITEX, BioMalaysia, SIIF, ICAN dan sebagainya. Beliau memperolehi sokongan daripada pelbagai agensi seperti TERAJU, MOSTI, CRADLE, SME Corp, Bioeconomy Coorporation, MTDC, TV Al-Hijrah dan berkolaborasi dengan pelbagai syarikat dan industri. Pengalaman beliau yang luas dalam membangunkan produk berasaskan hasil kajian di UTM, amat berguna apabila beliau kini bertugas sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) di Malaysia-Jepun International Institute of Technology (MJIT), UTM yang mana beliau berusaha untuk membimbing para penyelidik dan pelajar yang ingin mengkomersilkan hasil invasi mereka ke pasaran.

WeCreativez WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?