Untuk mengelak conflict-of-interest dalam tugas, kerana diri ini adalah timbalan dekan di MJIIT, dan dalam masa yang sama pengarah urusan
SHE Empire Sdn. Bhd., saya mengelak untuk bercakap mengenai NK ketika bertugas dengan semua tetamu atau pemegang taruh MJIIT atau UTM.
.
Meskipun SHE Empire adalah syarikat hiliran UTM, saya tetap berpendirian mengasingkan tugas sebagai pentadbir dan bisnes.
.
Semalam, saya menerima permintaan daripada pihak JICA (Japan International Coorperation Agency) iaitu Mr. Watanabe dan Ms. Suzuki untuk mendapatkan produk NK.
.
Saya tidak pasti bagaimana mereka tahu mengenai NK, yang pasti bukan daripada saya sendiri. Mereka memang sudah berada di Malaysia selama seminggu atas urusan MJIIT. Semalam, Ms. Suzuki memberitahu bahawa beliau amat berminat ingin mencuba NK.
.
Pagi ini saya ke hotel bertemu mereka ketika check-out untuk berangkat pulang ke Jepun. Saya berkesempatan bercerita mengenai perjalanan bisnes NK, bagaimana ia bermula, apa keadaan sekarang dan perancangan masa hadapan.
.
Alhamdulillah, ini antara rezeki dan jalan yang dibukakan oleh Allah, tanpa dijangka orang Jepun ingin mencuba produk ini dan menghargai usaha penyelidikan dan pengkomersilan yang dijalankan.
.
Hal sebegini memberi semangat kepada team SHE Empire Sdn. Bhd. untuk terus berusaha dengan tekun dan cekal dalam menjalani R&D demi kebaikan dan impak kepada ramai pihak.
-Prof. Madya Dr. Siti Hamidah-
Leave a comment