SELAMAT DATANG KE NK AGE-REVERSE

NK Age ReverseMalam Penghargaan Media UTM 2025: NK Age-Reverse Sebagai Penaja Utama

Malam Penghargaan Media UTM 2025: NK Age-Reverse Sebagai Penaja Utama

Johor Bahru, 6 Ogos 2025 – NK Age-Reverse dengan penuh rasa syukur dan kebanggaan telah menjadi penaja utama Majlis Malam Penghargaan Media UTM 2025, yang berlangsung di Impiana Hotel Senai, Johor.

Acara berprestij ini diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan media dalam memperkukuh imej Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di peringkat nasional dan antarabangsa. Sebagai penaja utama, NK Age-Reverse komited untuk menyokong inisiatif UTM dalam memartabatkan kecemerlangan akademik, inovasi dan kerjasama strategik dengan industri.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil media, pihak pengurusan universiti, serta rakan industri yang sama-sama meraikan kejayaan dan pencapaian sepanjang tahun.

NK Age-Reverse mengucapkan tahniah kepada UTM atas penganjuran majlis penuh bermakna ini dan berharap UTM akan terus mahsur, gemilang dan terbilang di masa hadapan.

 

DISEDIAKAN OLEH : SHAI

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.