Pada 15 Julai 2024, Isnin. Prof Dr. Siti Hamidah telah dijemput oleh pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menjadi panel pembentang Sektor Ekonomi dalam Persidangan Meja Bulat: Isu dan Cabaran Psikososial Wanita Muda. Pelbagai isu dantopik telah dibincangkan bersama para panel yang lain dan majlis disambut dengan meriah. Semoga Allah permudahkan usaha pihak YADIM bagi memperkasa wanita muda di Malaysia. Prof. Dr Siti mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan kepada pihak YADIM.
DISEDIAKAN OLEH : SHAI
Leave a comment