Welcome to NK AGE-REVERSE

BeautyNK Age ReverseThank you Allah for this reminder

Thank you Allah for this reminder

Berkenaan rezeki.. Saya belajar sesuatu semalam. Thank you Allah for this reminder.
.
Sampai sahaja di UMK saya dibawa ke bilik auditorium (seperti bilik kuliah), melintasi dewan majlis Pecipta yang meriah dan hebat. Saya hairan, eh kenapa saya dibawa ke bilik auditorium? Saya fikir saya akan bagi ceramah di pentas utama.
.
Masuk sahaja bilik tersebut, ada dua orang iaitu jawatankuasa. Sampai waktu untuk bermula talk, hanya ada tak sampai 10 orang termasuk ajk program. Saya berfikir adakah patut saya cancel sahaja ceramah?
.
Namun saya tak sampai hati dan teruskan sahaja, sepanjang ceramah, adalah beberapa orang masuk. Rupanya ramai kawan2 yang ingat ceramah saya di pentas utama dalam dewan, dan mereka tidak alert dengan perubahan tempat.
.
Saya hampa kerana bukan calang-calang persiapan saya buat untuk ceramah ini. Slides baru yang mengambil masa 2,3 hari dibuat sendiri. Tinggalkan kerja lain dan bangun awal pagi untuk ke airport, tapi macamni jadinya.
.
AJK program kata, terdapat banyak program bertindih jadi terpaksa bahagi dua venue. Kesannya, venue di auditorium tiada penonton.
Saya bermuhasabah diri, beberapa peringatan untuk saya:
1. Allah sahaja Maha Hebat. Saya sebelum ini fikir Pecipta ada sentimental value kerana pernah menang… Mungkin ada rasa diri hebat. Allah ’tegur’ saya.
.
2. Kita merancang, Allah yang menentukan. Sebagus mana kita plan.. Allah yang menentukan semuanya. Kita hanyalah seorang hamba. Tak boleh tanya kenapa Allah jadikan begini. Sifat hamba hanya terima dan redha.
.
3. Semua perkara ada hikmah. Kerana Pecipta, saya ke Kelantan dan saya dapat berjumpa Ma (ibu mertua), makan mee celup dengan dia.. peluk cium dia. Kemudian dapat jumpa sahabat iaitu partner marketer, Poknik dan K Mas dan makan ICT dan KLCC dengan mereka.
4. Perlu bangkit dari rasa “Eh aku ni kelas kedua ke, apabila jadual bertindih, aku yang ditolak ke bilik di luar?” Negative thought atau bisikan syaitan yang perlu ditepis untuk elak menjadi seorang negative dan perlu menjadi seorang yang berlapang dada.
.
5. Terus pegang prinsip “Dare to Fail”. Terus melangkah tanpa takut jatuh, atau takut plan tak menjadi. Ini sebahagian perjalanan hidup dan sebahagian jalan perlu ditempuhi untuk berjaya.
.
6. Hargai apa yang ada. Usah hanya lihat apa yang tak dapat. Alhamdulillah, perjalanan selamat. Dapat spent time dengan suami. Anak2 di rumah selamat walaupun ribut di Gombak sewaktu kami tiada. Terlalu banyak perkara untuk disyukuri.
Dan banyak lagi hikmah lain.
Namun saya gembira bagi pihak UTM kerana memenangi 10 Gold, 10 Silver dan 2 Special Awards. Kesemua 10 peserta membawa pulang pingat. Tahniah UTM. Tahniah juga kepada diri sendiri yang dapat mencari hikmah.
Prof. Madya Dr. Siti Hamidah

Leave a comment

Your email address will not be published.

WeCreativez WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?