Welcome to NK AGE-REVERSE

BeautyIMPAK NK TERHADAP ALAM SEKITAR

IMPAK NK TERHADAP ALAM SEKITAR

Sejak dulu lagi Prof. Madya Dr. Siti Hamidah sering tak lena tidur memikirkan apa impak NK terhadap alam sekitar. Maka setiap keputusan yang dibuat mesti mengambil kira perkara ini.

1. Keutamaan team penyelidikan NK untuk menjaga alam sekitar. Kebanyakan ahli R&D NK adalah dari latar belakang Kejuruteraan Kimia, Biokimia, Bioproses menyebabkan kami peka terhadap isu-isu alam sekitar.
.
2. Kita menggunakan PET dan botol kaca, maka packaging ini boleh 100% dikitarsemula. Cuma tiub sunscreen yang agak susah dikitarsemula.
.
3. Jika membuat refill produk pun masih perlu menggunakan plastik. Kami masih dalam proses membincangkan cara untuk menambahbaik walaupun packaging sekarang pun recycleable.
.
4. Di Malaysia, banyak syarikat kitarsemula plastik PET dan kertas, amat kurang yang kitarsemula botol kaca. PET dan kertas adalah 100% dapat dikitarsemula.
.
5. Hanya plastic wrap di luar kotak yang tak boleh dikitarsemula, tapi jika kami tidak letakkan plastic wrap, akan ada lebih banyak complaint mengenai safety issue terutamanya.
.
6. Sunscreen menggunakan bahan UV filter yang mempunyai pensijilan antarabangsa COSMOS untuk memastikan ia tidak membahayakan alam sekitar terutamanya haiwan akuatik.
.
7. Kami mengelak menggunakan bahan berunsurkan petroleum dan memilih bahan natural berasaskan tumbuhan. Sehinggakan surfaktan dalam Age-Reverse Cleanser adalah dibuat daripada kelapa (premium surfactant).

#NKsayangAlam
#naturalandsafe

Leave a comment

Your email address will not be published.

WeCreativez WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?