SELAMAT DATANG KE NK AGE-REVERSE

KecantikanNK Age ReversePENGASAS NK AGE-REVERSE DIKURNIAKAN KENAIKAN PANGKAT

PENGASAS NK AGE-REVERSE DIKURNIAKAN KENAIKAN PANGKAT

20 Mei 2024, Pengasas produk NK Age-Reverse secara rasminya telah dikurniakan kenaikan pangkat Profesor (VK07). Setinngi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Siti Hamidah. Kejayaan beliau telah meingatkannya pada  20 tahun lalu dalam satu perbincangan dengan supervisor PhD beliau, Prof. Richard Wakeman di Loughborough University, UK.  mengenai teknologi micellar yang  digunakan untuk mengekstrak protein dan antibiotik di mana teknologi ini tidak menggunakan solven kimia malah menggunakan air.
.

.
Beliau merasa perkara ini adalah mustahil. Kini selepas 20 tahun, tanpa dijangka beliau telah mengeluarkan produk menggunakan teknologi micellar yang menggunakan air sebagai solven.
.

.
Tempoh 20 tahun merupakan perjalanan yang kompleks, yang mencetuskan inovasi, revolusi dan kreativiti buat beliau.
.

.
Ia bukanlah straightforward. Pelbagai dugaan dilalui tetapi bak kata pepatah Jepun ““Nana korobi ya oki” yang bermaksud jatuh 7 kali, kali ke 8 bangkit. Usaha pengkomersilan beliau ini adalah untuk mengangkat hasil penyelidikan agar dapat digunakan oleh orang ramai.
.
Ia adalah output bidang kepakaran beliau iaitu kejuruteraan kimia, mengkhusus bidang pemisahan iaitu nanoteknologi micellar.Beliau juga menyatakan dunia pengkomersilan ini amat asing. Amat berbeza dengan dunia akademik. Sebagai penyelidik, mungkin beliau boleh hasilkan banyak prototaip dengan mudah, tetapi untuk memasarkannya, ia cerita lain yang memerlukan pengorbanan dan skil luar biasa.
.
Sukar tetapi bukan mustahil.
.

.

Tidak dilupakan beliau amat berterima kasih kepada staf dan pengurusan SHE Empire Sdn. Bhd. yang merupakan tulang belakang kepada semua usaha dan kejayaan beliau. Beliau juga amat berharap agar terus berusaha untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan dan usaha ini memberi kebaikan kepada ramai pihak terutamanya UTM dan negara, dan membantu komuniti dan anak muda dalam mendapatkan produk terbaik dan juga peluang pekerjaan. 

Disediakan oleh :SHAI

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

WeCreativez WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?