PEMBUKAAN NK FOOD
3 MEI 2024.
Abi & Umi ambil cuti dua hari untuk support Munif dan NK Food team. Cuti semalam dan hari ini sempena permulaan operasi NK Food.
.
Dalam membuat keputusan serius membuka NK Food, beberapa bulan lepas.. beberapa kali mesyuarat antara Abi, Umi dan anak2 telah diadakan.
.
Kami brainstorm mengenai kesan dan impak terutamanya kepada Munif yang akan bertanggungjawab terhadap projek ini.
.
Dua soalan yang dibincangkan secara mendalam, 1) Apakah projek ini akan mengganggu study Munif, 2) Adakah projek/branding NK Food dan Abang Ais Kepal akan mencalarkan kredibiliti nama Munif sebagai peguam di masa depan.
.
Tegas Munif menyatakan bahawa dia akan memastikan pelajaran tidak terjejas. Dan dia menganggap projek ini sebagai satu peluang untuk belajar skil2 keusahawanan, komunikasi dan banyak lagi.
.
Manakala mengenai nama baik di masa depan, dia menjawab sambil berseloroh, “sedangkan Zelenskyy bekas pelawak pun boleh jadi perdana menteri. Macam2 dia buat sewaktu jadi pelawak.” (Zelenskyy ialah presiden Ukraine). Itulah pandangan Munif apabila Umi menyatakan bahawa dia perlu mulakan bisnes ini dengan sangat humble.
.
Umi memang sudah tekankan kepentingan berfikiran dan berjiwa keusahawanan meski apapun cita-cita sebenar anak-anak. Jika peguam atau doktor, biar peguam atau doktor yang mempunyai business minded.
.
Munif sendiri memang mempunyai bakat dalam komunikasi dan marketing. Terbukti apabila beliau menjual ais kepal ketika menunggu SPM, ramai adik-adik yang suka dan ingat kepada “abang ais kepal”.
.
Munif juga yakin mencipta “secret recipe” ais kepalnya sendiri yang memang istimewa dan tak sama dengan ais kepal di tempat lain. Menu-menu yang lain seperti Frozen Yogurt dan Boba Milk Tea beserta topping sesuai juga adalah daripada cadangan beliau.
.
Semalam kelas Munif di UIA adalah pada pukul 2 petang maka beliau membantu di NK Food dari pagi sehingga tengahari sahaja.
.
Umi bertanya, “Munif tak ada assignment?” Jawab beliau, “ada tapi Munif dan arrange masa nak buat. Lagipun submit lagi 2 minggu.”
.
Faktor jarak pun membantu. Jarak dari kedai ke rumah hanya 2 driving. Manakala jarak ke UIA hanya dalam tak sampai 10 minit driving. Tiada masalah traffic jam.
.
Faktor terpenting juga ialah dengan adanya Nur Myra Mohd Muhridza yang merupakan Project Coordinator NK Food dan Nur Fareen yang turut berperanan penting. Mereka disertai oleh staf baru iaitu Adriana dan Hannah dan masih membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menyertai team NK Food.
.
Kepada orang sekitar Gombak, silakan datang merasai menu kami . Tempat di NK HQ Pinggiran Mutiara Gombak. Waktu operasi adalah dari pukul 11.30 am hingga 7 pm.
Terima kasih atas sokongan semua kepada NK!
Kredit : Prof Madya Dr Siti Hamidah & Prof. Madya Dr. Sarajul
Leave a comment