Energy Water Mist 100ML
RM139.00
Energy Water Mist diformulasikan dengan kaya nutrien dan antioksidan dari air ros dan minyak pati. Menggunakan teknologi micellar dalam menghasilkan produk, ia juga meninggalkan kesan yang sejuk dan segar selepas pemakaiannya.
BAHAN AKTIF: Bee venom, asid hyaluronik, hidrosol bunga mawar (Rose Hydrosol) dan minyak pati tulen (Rose, Geranium & Cedarwood).
Hasil Terbaik Produk:
- Memudarkan jeragat dan parut jerawat.
- Mengecilkan liang pori.
- Melembabkan kulit secara insentif.
- Menjadikan kulit lebih lembut dan berseri.
Cara Penggunaan
- Digunakan selepas pemakaian NK Age-Reverse Cleanser. Semburkan ke keseluruhan wajah dan biarkan ia meresap selama 1-2 minit.
- Boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan, terutama ketika kulit dalam keadaan kering. Boleh semburkan untuk kesegaran dan menghilangkan rasa mengantuk.
- Boleh digunakan sebagai make up setting spray
Soalan Lazim
1. Apakah keistimewaan Energy Mist?
Energy Mist bertindak sebagai pelembab dan penyegar yang akan merawat dan mencantikkan kulit wajah. Ia akan menyerlahkan lagi keberkesanan Age Reverse cleanser. Ia adalah diperbuat
daripada bahan semulajadi terutamanya Bee Venom, Essential Oil dan Hyluronic Acid .
2. Kenapa selepas memakai Energy Mist (pelembab) kulit saya terasa pedih?
Sekiranya pertama kali guna, mungkin ada rasa pedih sedikit jika kita mempunyai kulit yang sensitif. Memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan kulit kepada bahan-bahan yang digunakan. Jangan bimbang kerana ia adalah amat selamat dan untuk elak pedih, boleh spray sedikit sahaja sehingga kulit sudah terbiasa.
3. Bawah mata saya terasa kering setelah memakai Energy Mist.
Energy Mist boleh digunakan di seluruh wajah termasuk sekitar mata untuk menghilangkan garis halus dan lingkaran gelap bawah mata. Namun jika ada orang yang berkulit sangat sensitif, akan merasa kering/pedih apabila menggunakan Energy Mist sekitar mata. Boleh elakkan dan cuba serasikan dari semasa ke semasa
4. Adakah NK bercadang untuk menghasilkan krim untuk sekitar mata?
Tiada perancangan buat masa ini kerana Age Reverse Cleanser dan Energy Mist juga boleh digunakan sekitar mata bagi menghilangkan garis halus dan lingkaran hitam.
5. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memakai Energy Water Mist?
Mist adalah merangkumi toner+moisturiser+primer+ makeup spray. Boleh digunakan bila masa yang sesuai:
- Selepas cuci wajah (ketika kulit dah kering)
- Bila-bila masa rasa kulit kering
- Sebelum dan selepas makeup
6. Selepas spray moisturiser, kulit saya terasa panas. Saya tiada alergik, dan rasa panas itu akan hilang dalam beberapa ketika. Adakah kulit saya sensitif?
Ada dua sebab untuk keadaan ini:
i. Bahan yang digunakan dalam Age Reverse dan Moisturiser (Mist) bertindak terhadap kulit, ia menyebabkan sedikit rasa panas/sejuk (bergantung setiap orang mengalami rasa berbeza) untuk beberapa minit.
ii. Jika seseorang pernah menggunakan produk pemutih, ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila bertukar menggunakan produk baru. Rasa tersebut akan hilang dan ia tidak membahayakan. Teruskan memakai Age-Reverse Cleanser dan Energy water Mist, lama kelamaan kulit akan serasi dengan bahan-bahan natural yang digunakan.