Tahukah anda bahawa kandungan vitamin C dalam roselle adalah jauh lebih tinggi berbanding buah oren? Oleh sebab itu, roselle merupakan salah satu sumber semula jadi vitamin C yang sangat bernilai untuk kesihatan dan kecantikan.
Walau bagaimanapun, kaedah penyediaan dan memasak roselle yang tidak betul boleh menyebabkan kehilangan vitamin C secara signifikan, malah boleh memusnahkannya sepenuhnya. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada suhu tinggi antara 85 hingga 95 darjah Celsius selama kira-kira 10 minit boleh mengakibatkan degradasi vitamin C.
Selain itu, perlu difahami bahawa vitamin C memainkan peranan penting dalam penyerapan kolagen dalam tubuh. Kolagen merupakan nutrien utama yang menyumbang kepada kesihatan kulit, sendi, dan proses anti-penuaan. Pengambilan vitamin C bersama sumber berkolagen seperti kaki ayam, ikan, dan telur adalah penting bagi memastikan kolagen dapat diserap dengan lebih berkesan.
Sekiranya sumber vitamin C telah rosak akibat penyediaan yang tidak sesuai, manfaat kolagen yang diambil juga akan berkurangan. Ini bermakna tubuh mungkin hanya memperoleh sebahagian kecil daripada faedah nutrien tersebut.
Atas kesedaran ini, amalan pengambilan jus roselle yang disediakan dengan kaedah yang betul amat digalakkan bagi mengekalkan kandungan vitamin dan nutrien. Perkongsian kaedah penyediaan jus roselle yang betul ini bertujuan untuk memastikan manfaat kesihatan roselle dapat dimaksimumkan.
KREDIT : PROF. DR. SITI HAMIDAH
DISEDIAKAN OLEH : SHAI