SELAMAT DATANG KE NK AGE-REVERSE

KecantikanNK Age ReverseInovasi Tempatan Bertaraf Antarabangsa

Inovasi Tempatan Bertaraf Antarabangsa

Dalam industri penjagaan kulit global, jenama antarabangsa seperti La Mer dari Perancis dikenali menggunakan brown algae sebagai bahan utama dalam formulasi produk mereka.

Sebagai perbandingan, NK Age-Reverse menampilkan pendekatan berbeza dengan penggunaan micro algae hijau berprestasi tinggi yang dibangunkan melalui kolaborasi penyelidikan bersama rakan strategik kami di Jepun.

Walau bagaimanapun, keseluruhan formulasi produk NK Age-Reverse adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan, dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan kami. Bahan micro algae diperoleh dari Jepun, namun reka bentuk formulasi, kestabilan, dan keberkesanan produk adalah kepakaran tempatan yang mampu menandingi formulasi antarabangsa. Ini membuktikan bahawa keupayaan R&D universiti tempatan berpotensi menghasilkan produk berteknologi tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Seiring dengan itu, pasukan kami kini sedang giat membangunkan sumber micro algae tempatan di Malaysia sebagai langkah strategik untuk mengurangkan kebergantungan kepada import, tanpa menjejaskan kualiti. Dalam masa yang sama, kami amat menghargai kolaborasi penyelidikan bersama rakan dari Jepun dan berhasrat untuk mengekalkan hubungan kerjasama ini secara berterusan.

Kredit :
Prof. Dr. Siti Hamidah

 

 

DISEDIAKAN OLEH : SHAI