Apa itu sunscreen?
Sunscreen adalah bahagian penting dari strategi perlindungan cahaya matahari yang lengkap. Sinaran matahari ini terbahagi kepada dua iaitu UVA dan UVB yang apabila terkena kulit akan bertindak meresap ke dua bahagian kulit yang berbeza. Sinaran UVA biasanya akan masuk ke lapisan kedua kulit (dermis) yang menyebabkan kedutan dan penuaan, manakala sinaran UVB pula pada lapisan pertama (epidermis) kulit yang terjadinya “sunburn” pada kulit.
Pentingkah sunscreen?
Pentingnya sunscreen memberi penjelasan tentang kesan jika kulit terlalu lama terdedah kepada matahari. Antara perkara yang perlu dititikberat untuk pemakaian sunscreen ialah:
- Risiko kanser kulit: jenis perlindungan UV adalah bergantung kepada genetik keluarga. Jika keluarga mempunyai sejarah kanser maka kemungkinan risiko wujud.
- Keadaan kulit: jenis sunscreen berdasarkan jenis kulit seperti kulit berminyak, kering mahupun kombinasi.
Leave a comment