Welcome to NK AGE-REVERSE

BeautyLAWATAN KE TSUKUBA UNIVERSITY

LAWATAN KE TSUKUBA UNIVERSITY

Ketika lawatan bersama Dekan ke Jepun pada Disember 2022, iaitu lawatan rasmi UTM, salah satu agenda adalah melawat makmal Profesor Watanabe di Tsukuba University.
.
Dr. Siti amat teruja ketika itu kerana Prof Watanabe membangunkan skin care dari penyelidikannya. Beliau sudah berusia 76 tahun dan sangat passionate terhadap bidang skin care.
.
Ketika lawatan itu juga, seperti ada “chemistry” antara kami, dan beliau tanpa segan silu di hadapan semua orang termasuk Dekan, terus bertanya Prof Watanabe, “can we collaborate? May I use your extract to develop my own product?” ☺️.
.
Lantas Prof. menjawab, “yes, of course you can!” Prof. Watanabe menerima idea itu dengan penuh teruja juga.
.
Sejak itu Dr. Siti dan team pengurusan NK meneliti semua sudut, mengkaji potensi, dan merancang kolaborasi antara dua pihak. Emel demi emel berbalas antara saya dan Prof. Watanabe.
.
Akhirnya di sini kami berada. Semalam, kami sampai di makmal pada pukul 1.30 petang. Prof. memperkenalkan Mr. Atsumi iaitu CEO syarikat dan Ms Yoko iaitu R&D Executive. Secara jujur ini kali pertama saya bertemu profesor ulung Jepun yang melakukan pengkomersilan dan ada syarikat sendiri sambil terus melakukan research.
.
Beliau minta staf beliau iaitu Yas untuk bawa kami ke Guest House yang telah ditempah. Yas amat baik dan memberi kami strawberry yang sangat manis. Selepas menghantar beg ke Guest House, kami menandatangani beberapa dokumen sebelum keluar dinner.
.
Prof. Watanabe, Mr. Atsumi dan Ms. Yoko membawa kami dinner di kedai tempura. Mereka mengambil kira mengenai makanan halal untuk Dr. Siti. Sepanjang dinner kami terus berbual mengenai kolaborasi ini.
.
Alhamdulilah setinggi syukur kepada Allah kerana memberi banyak ilham, energi dan kesempatan untuk Dr.Siti dan team menjalankan perkara ini. Terima kasih setinggi-tingginya kepada semua yang memahami dan menyokong dan mendoakan usaha ini; keluarga, staf NK, pihak UTM dan yang paling penting pengguna NK semua 😘🤗🥰💝. Semoga Allah memberikan kita rahmat kejayaan. Amiin ya rabbal alamiin.

Leave a comment

Your email address will not be published.

WeCreativez WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?